Thursday, May 27, 2010

Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Buat renungan kita bersama..


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah
ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan
dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika
ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu
kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat
pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang
selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya.
Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya
itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang
sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa
minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih
sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah
utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke
rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah
mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah,
menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan
ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas
tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh
Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA
SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja
itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata
kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati
masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din,
Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan
jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan
berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan
jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah
yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu
ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu,
mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh
hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga
selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka
tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din
memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana
"AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata
saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik
beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya
Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah
kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat
mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk
aje...

Tuesday, May 18, 2010

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa


Disiarkan pada Apr 24, 2010 dalam kategori Akidah |

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak
berdoa. Tolonglah saya Dr!
Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya. Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:(maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda :

«Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia
dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan
perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

Sunday, May 16, 2010


Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata; Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.( KitabAllimu auladakum hubba aalibaiti al nabi. ms 30 )


Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin AliradhiaLlahu anhumadan menempatkan kita bersamanya dan para sahabatradhiaLlahu anhumdi syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.

Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran,lalu iblis dilaknat Allah.

Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati pokok sambung nyawa di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.

Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.

Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.

Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu. Ia bermaksud membesar diri dan membangga banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain lain lagi.

Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;

Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh sungguh menperolehinyamelalui jalannya yang harus dan dibenarkan.Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.

Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui hadyang dibenarkan syara . Ia memasuki jalan jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit asy syuhh( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam:Berhati hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhhitu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan. ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)

Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;

Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta.Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.

Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.

Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al alaq; 5)

Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.

Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin AliradhiaLlahuanhu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

Friday, May 14, 2010

100% Free Income...No Charges!!!


Join for free now…!!!!

Absolutely 100% free. No charges even any single cent.

Anyway please read until the end.

I just have a free and amazing new secret networking from somebody and he also got this program from somebody abroad. No payment to Gold membership, no credit card and no need to upgrade to be a member.

Only 100% free register at my link:


http://www.geostring.com/en/?1143408


You will get $10 automatically direct to your account. Unbelievable???

Sign up then you know..


Absolutely true..and you get it…!!!After free register, then sign in, I found $10 in my account. Now, I will promote my website link as many as can to get what promised and generate free income from my sponsors and also from downline members until level 10.


I don’t know who are you and you also don’t know who am I, but the important thing is co-operation to realize it. I only want to redeem what I have lost before in direct selling business whether online or offline. Hopefully you not let this opportunity gone because this program not involves any charges (100% free).


Don’t miss this opportunity before somebody grabs this. Register at my link and get free $10 to your account. Promote your link to your friends. REMEMBER 100% FREE no charges.


This program seems like “click and pay”. The different compare to others program is there no charge to be a member and you will get $10 just for you registration. To get the continuous payment we are required to promote our link url via e-mail and when somebody join we will get commission. Other interesting is we will get payment from our downline until level 10. It mean when each of us sponsor 3 to 5 person or more, we will get income until level 10.

How company gets money to pay free registered members?

Actually this is company strategic to attract as many as can member to visit his blog. From the thousands or millions of registered members around the world may put their paid advertisements to promote their products on his blog. From that company will get income. And if there among the members whose we direct sponsor and members from our downline promote their products in the blog, we will get income until level 8.


Once registered, you will be given link for promotion purpose.

http://www.geostring.com/?1143408

Note: *You are advice not to create new words for your own promotion. I allow you to copy and paste what I wrote for your link promotion. What you need to do is to change my link url to your link url and you also can modify if you think suit for you.


Website :




http://www.geostring.com/?1143408&madi215

Thursday, May 13, 2010

join percuma tanpa 1 sen modal pun, anda mungkin tak percaya bukan??


join percuma tanpa 1 sen modal pun, anda mungkin tak percaya  bukan??

Jom kita join ramai-ramai….!!!!
Ini betul-betul percuma 100%. Tiada modal sesen pun.
Apa-apa hal pun sila baca sampai habis……!!!

Saya telah mendapat satu Rahsia networking percuma dan menakjubkan yg baru diterima dari sesorang, dan beliau juga menerima program ini drp sesaorang dari luar negara. Tanpa bayar pada Gold Membership, Tanpa Credit card.
Tanpa perlu upgrade untuk jadi ahli.

Hanya mendaftar secara percuma 100%. Di link saya:

http://www.geostring.com/?1143408
http://www.geostring.com/en/?1143408

Anda akan mendapat $10 terus ke akaun anda. TAK PERCAYA???. Sign up dulu baru tahu…

Memang betul…dan memang ada….!!! Selepas saya daftar secara percuma kemudian sign in, saya dapati $10 sudah ada dalam akaun saya. Sekarang saya akan promosikan link website sebanyak mungkin untuk mendapatkan apa yg dijanjikan iaitu jana pendapatan secara percuma dr setiap orang yang saya taja dan juga drp ahli-ahli yg ditaja oleh ahli-ahli di bawah hingga ke level 10.
Saya tak kenal siapa anda dan anda juga tak kenal siapa saya. Tapi atas dasar berkerjasama (lagi pun ianya percuma) marilah kita bersama merealisasikannya. Saya hanya ingin menebus kembali dana yang telah banyak hilang selama bergelumang dgn bisnes direct selling samada secara online mahu pun offline. Harap anda tidak lepaskan peluang untuk buat duit tanpa sebarang modal sementara ianya masih panas dan benar-benar berbayar. Jangan lepaskan peluang sebelum orang lain mendahului anda atau sebelum prospek terlepas ke tangan orang lain. Daftar di link saya ini dan dapatkan USD10 secara percuma dalam akaun anda. Sebarkan pada kawan-kawan..INGAT 100% percuma tak perlu keluarkan wang satu sen pun…
Nampaknya program ini seakan-akan “klik dapat duit” Cuma yg bezanya ialah ia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk jadi ahli sebaliknya diberikan pula ganjaran percuma USD10, dan utk dapatkan bayaran berterusan kita hanya diminta sebarkan link url kita melalui email ke seluruh dunia dan bila ada ahli yg join kita diberikan ganjaran. Satu lagi yang menriknya ialah, ia menjanjikan pendapatan drp level-level di bawah sehingga level 10. Ini bermakna jika setiap kita menaja 3 hingga 5 orang atau lebih, akan membolehkan kita mendapat income berterusan sehingga 10 level.
Hasil drp mana yg membolehkan syt mampu membayar kpd ahli-ahli yg mendaftar percuma ? Sebenarnya ini adalah strategik syt untuk menarik seramai mungkin pengunjung kpd laman blognya. Drp ratusan ribu atau mugkin jutaan ahli drp seluruh dunia yg mendaftar tentu ada diantara mereka yg akan meletakkan iklan berbayar bagi tujuan promosi produk mereka pada laman blognya. Drp situ syt.mendapatkan hasilnya. Dan seandainya ada diantara ahli-ahli yang kita taja terus dan ahli-ahli yg lahir drp downline kita mengiklankan produk mereka di blog tersebut, maka kita akan mendapat ganjarannya hingga ke level 8.

Selepas mendaftar anda akan diberikan link untuk tujuan membuat promosi

http://www.geostring.com/?1143408

nota* Anda tak perlu mengarang lain-lain ayat untuk tujuan promosi. Saya izinkan anda untuk copy and paste apa yg telah saya tulis ini untuk tujuan promosi link anda. Cuma anda perlu tukar drp link url saya kpd link anda dan bolehlah membuat ubah suai pada mana-mana yg anda fikirkan perlu.


Website :

http://www.geostring.com/?1143408&madi215


Friday, May 7, 2010

HyProBulkSMS



Selamat Datang Ke madi215.blogspot HYPROBULKSMS

JOM SERTAI PROGRAM AFFILIATE MULTI-TIER TERBAIK DI MALAYSIA. TERBUKTI LUMAYAN DENGAN 100% KOMISYEN.





HYPROBULKSMS TIDAK MENGIRA ANDA DI MANA...ANDA BOLEH MENYERTAINYA WALAUPUN ANDA BERADA DI UTARA, SELATAN MAHU PUN DI SABAH ATAU SARAWAK

Mahukah Anda Bekerja Secara Online Di Rumah Dan Jana RM250-RM5000 Seminggu? Revolusi Perniagaan Terhebat Abad Ini!

Adakah anda sedar hakikat di atas? Selama ini kita telah mengabaikan sesuatu yang sangat penting dalam perniagaan kita. Adakah kita mempunyai data lengkap tentang kesemua pelanggan kita? Bagaimana pula cara anda menghubungi mereka?
-------------------------------------------------------
Tahukah Anda???
-------------------------------------------------------



--------------------------------------------------------------------------------

KAEDAH ONLINE
EMAIL? AUTORESPONDER? – Ramai yang tiada masa membuka email.

KAEDAH OFFLINE
SURAT? BROSHURE? IKLAN AKHBAR– Kurang praktikal dan kos tinggi.
SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) – Praktikal tetapi kos agak tinggi.



MEMPERKENALKAN
SISTEM HYPROBULK SMS
-------------------------------------------------------
Sistem apa ni???
-------------------------------------------------------



Satu alternatif dalam proses hebahan kepada kumpulan sasaran dengan BULK SMS / SMS PUKAL melalui internet. Sistem SMS Pukal ini sangat menjimatkan berbanding kos SMS biasa.Selain khidmat SMS, anda juga boleh hantar MMS, Wap Push, Flash Message kepada semua rangkaian 012, 013, 014, 016, 017, 018, 019 dengan satu kadar rata serendah 9 sen dalam mahupun luar negara. Siapa yang memerlukan Sistem Bulk SMS?


-------------------------------------------------------------------------------------------


SAYA NAK TAWARKAN PELUANG PERNIAGAAN, ANDA JUGA BOLEH BUAT DUIT...


RESELLER HYPROBULKSMS

BUKAN MLM TETAPI PROGRAM AFFILIATE MULTI-TIER YANG SANGAT LUMAYAN.


BISNES ONLINE YANG MUDAH – HANYA PROMOSI WEB REPLIKA ANDA


MODAL PERNIAGAAN YANG RENDAH RM250 – RM1000 SEKALI SEUMUR HIDUP


PELAN PEMASARAN YANG LUMAYAN SEHINGGA 100% KOMISYEN


TIADA PAIRING, TIADA PANGKAT, TIADA HAD MASA




DAPAT 4 - 5 ANGKA MUDAH JE















TESTIMONI VIDEO



BUKTI PENDAPATAN
(DASSLER @ KAMARUL AZIZI – Admin Team HyproBulkSMS)



MOHD FIRDAUSAdmin Rahsiabulksms.com (Kamarul Azizi)


(AMIR @ KHAIRIL26 - Leader Utara Team HyProBulkSMS)

-------------------------------------------------------------------------------------------


Bisnes Yang Santai Dengan HyproBulk Sms.
Anda Boleh Promosikan Perniagaan Ini Di Mana-Mana Website Popular/Percuma Seperti FaceBook,Twitter,Forum Dan Lain-Lain.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------

PART TIME JE, HANYA DARI RUMAH
Anda Cuma Perlukan Sebuah Komputer Dan Sambungan Internet. Cepat Jangan Buang Masa, MULAKAN SEKARANG!!!
MUDAH BUKAN...?


Sertai HyProBulkSMS Hari Ini Juga. Anda Kini Boleh Menjana Income 4 Angka Seminggu, Bertindak Sekarang. Anda Pasti Tidak Akan Menyesal.



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Saya


Yang Ikhlas,
Maisurah@Mahadi
Hp: +6013-2092050@013-2095773
http://madi215.blogspot.com


ATAU ANDA BOLEH TERUS MENDAFTAR PERCUMA DI


Rangka Tindakan (Blue Print) Setiap Manusia Adalah Sama

Rangka tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama.


Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

dengan
TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

Selamat berjaya!